CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 26 September 2012

ULASAN BUKU BM

Tajuk Buku : Kaulah Satu
Penulis : Fatin Nilam Sari
m/s :
Gendre : Percintaan
Terbitan : Kakinovel


Ulasan:Jalan cerita agak santai jika hendak dibandingkan dengan buku-bukunya yang lain. Saya dah boleh agak jalan ceritanya dari awal lagi. Penulis memang agak tak berselindung dengan cerita yang akan disampaikan.

Misi Anisa Camylia yang pada awalnya ingin memporak-perandakan hubungi bapanya dengan ibu tirinya telah bertukar menjadi penyelamat rumahtangga mereka kerana naluri perempuan yang sememangnya tidak mengizikan kaum sejenisnya dianiaya berulang kali. Jika bapanya cuba mengulangi kesilapan dengan ibunya, Anisa Camylia tidak sanggup menghadapi sekali lagi lebih-lebih lagi dihadapan matanya sendiri.

Perasaan Cinta Anisa Camylia yang mudah berputik pada jejaka yang baru dikenali agak menarik jugak kerana memang nampak sangat sikap remaja Anisa yang membuat sesuatu yang diluar jangkaannya sendiri...dan dia juga pernah 2 kali terkorban akibat dari tindakannya sendiri dan dengki seorang wanita keempat. Namun kemaafannya adalah dendam yang terindah dan hidup perlu diteruskan.

Kesudahan cerita memang 'happy ending', so kepada sesiapa yang menyukai happy ending, boleh lah baca buku ni.

No comments:

Post a Comment