CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 25 September 2012

AKTIVITI MBMMBI


LAPORAN PERTANDINGAN SEMPENA
PROGRAM BULAN BUDAYA MEMBACA
ANJURAN PANITIA BAHASA MELAYU
TAHUN 2012

                Bulan Budaya Membaca merupakan aktiviti rutin Bidang Bahasa yang telah tertakluk di dalam takwim SMK Bandar Easter. Bulan Februari telah diwartakan sebagai Bulan Budaya Membaca. Pada tahun ini, sempena bulan budaya membaca, pelbagai pertandingan telah dilangsungkan. Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah Teka silang kata, Kuiz Komsas, Sudut Bugar Bahasa dan Pameran Buku dengan kerjasama Pusat Sumber. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menerapkan sikap suka membaca dalam diri pelajar.

                Pertandingan yang dijalankan melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Untuk teka silang kata, pelajar diminta untuk mendapatkan teka silang kata daripada guru bahasa Melayu masing-masing dan mereka dibenarkan untuk menghantar seberapa banyak penyertaan yang mereka mahu. Bagi kuiz komsas, pelajar akan diberikan beberapa soalan berkaitan teks komsas bahasa melayu yang dipelajari oleh mereka. Untuk sudut bugar bahasa, pelajar telah diberikan bahan untuk ditampal di ruang belakang kelas bagi mewujudkan satu sudut yang dipanggil sudut bugar bahasa. Penilaian dibuat berdasarkan kekreatifan dan pemahaman mereka terhadap bahan yang diberikan.

                Pameran buku telah diadakan selama dua hari. Pelajar diberi peluang untuk memilih dan membeli buku-buku rujukan yang sesuai dengan matapelajaran yang diambil oleh mereka.

ALBUM AKTIVITI:

 
WAKIL KELAS MENERIMA HADIAH UNTUK PERTANDINGAN SUDUT BUGAR BAHASA

CONTOH SUDUT BUGAR BAHASA DI DALAM KELAS


No comments:

Post a Comment