CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 26 September 2012

KERJA RUMAH B.MELAYU


Garisi kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:

  1. Adik gembira melihat abang yang baru pulang daripada asrama.
  2. Safwan suka makan goreng pisang panas yang dibeli oleh ibu.
  3. Dalam kehidupan, kita perlulah hidup saling bantu-membantu.
  4. Johari sanggup bertugas di perbatasan demi untuk keamanan negara.
  5. Makanan kegemaran saya adalah nasi goreng dan mi rebus.
  6. Sultan Johor akan menyambut hari keputeraan beliau tidak lama lagi.
  7. Saya berharap rakan-rakan sekalian akan dapat memaafkan kesalahan saya.
  8. Mesyuarat itu diadakan ialah untuk menyelesaikan masalah yang timbul ketika ini.
  9. Beribu penduduk berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang bersejarah itu.
  10. Syamil berharap, dia akan dapat membantu kedua ibu bapanya apabila dewasa nanti.
  11. Semua murid-murid berkumpul di tapak perhimpunan sebaik-baik sahaja loceng berbunyi.
  12. Rawiah menghadiahkan ibunya seutas rantai emas dan sehelai selendang.
  13. Keesokkannya, datuk membawa saya memancing ikan di tali air yang berhampiran dengan rumah.
  14. Pemuda di zaman dahulu sanggup merantau untuk belajar seni mempertahankan diri.
  15. Mak Minah menjulang bakul di atas kepalanya sambil berjalan menuju ke kebun.
  16. Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman terpaksa pergi ke bandar untuk membeli barang-barang keperluan.
  17. Marina menceritakan tentang sebuah pengalaman yang dilaluinya semasa cuti sekolah yang lalu.
  18. Cikgu Wardah mengucapkan tahniah kepada Zailan di atas kejayaannya dalam pertandingan pidato.
  19. Ayah menghadiahi sebuah basikal kepada adik yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
  20. Pihak Jabatan Kerja Raya sedang memperlebarkan jalan raya di kampung saya.

No comments:

Post a Comment