CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 26 September 2012

NOTA B. MELAYU


PANDUAN KARANGAN BAHAGIAN B (KERTAS 1 SPM)

1.       JAWAB DALAM MASA 90 MINIT
2.       PANJANG KARANGAN MELEBIHI 350 PP
3.       SEKIRANYA TERDAPAT 4 ISI, TULIS DALAM 6 PERENGGAN
4.       MASUKKAN KOSA KATA LUAS, FRASA MENARIK DAN AYAT GRAMATIS YANG BERVARIASI
5.       MASUKKAN UNGKAPAN MENARIK SAMA ADA PERIBAHASA,PANTUN,SAJAK,SENI KATA LAGU, MAKSUD HADIS/AYAT SUCI AL-QURAN
6.       LETAKKAN TANDA BACA YANG TEPAT DI TEMPAT YANG BETUL
7.       ELAKKAN DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN EJAAN(SEKIRANYA BERLAKU 6 KESALAHAN EJAAN, 3 MARKAH AKAN DITOLAK)

SOALAN
Masalah sosial seperti lumba haram ,ragut, pembuangan bayi dan lain-lain lagi perlu ditangani oleh semua pihak. Tulis sebuah rencana berkaitan peranan semua pihak untuk menanganinya.

TEKNIK MENGARANG YANG BETUL
LANGKAH 1(1-2 MINIT)
MENGANALISIS KATA TUGAS/KATA KUNCI DALAM SOALAN
(kebiasaannya kata tugas adalah seperti huraikan punca-punca,kesan-kesan,langkah-langkah mengatasi, ceritakan pengalaman/suasana dan lain-lain lagi)
LANGKAH 2(5 MINIT)
Membuat rangka karangan
(Rangka karangan penting disediakan untuk mengelakkan karangan anda bercampur aduk dengan idea yang kurang atau tidak relevan. Langkah ini penting diikuti agar karangan anda tidak terpesong atau tidak menepati tugasan. Karangan anda tidak akan mendapat markah cemerlang(80-100) sekiranya terdapat isi yang tidak relevan)
LANGKAH 3(2 MINIT)
Menyusun isi mengikut keutamaan
(Karangan yang cemerlang seyogianya dimulai dengan perenggan pendahuluan, perenggan isi(dimulai dengan isi yang paling penting) dan perenggan penutup)
LANGKAH 4(75 MINIT)
Mengarang
(Semasa mengarang,tumpukan perhatian anda kepada aspek pembinaan ayat yang gramatis, iaitu tepat, mempunyai maksud dan ada subjek serta predikat. Pastikan setiap perenggan mematuhi peraturan pemerengganan yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh dan ayat penegas)
LANGKAH 5(7 MINIT)
Menyemak karangan yang telah disiapkan
(Ini merupakan langkah yang terpenting dan wajib diikuti selepas pelajar selesai mengarang. Semak dengan teliti dari segi ejaan,binaan ayat,aspek penggunaan bahasa, kosa kata dan lain-lain. Sekiranya terdapat kesalahan, betulkan dengan kemas)

No comments:

Post a Comment